PM gesa AS-Israel, Iran segera laksana gencatan senjata

Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia menggesa Israel, Amerika Syarikat dan Iran supaya menghentikan segala tindakan provokatif dan melancarkan gencatan senjata segera tanpa syarat susulan serangan yang kini mengheret Asia Barat ke ambang malapetaka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan tegas mahu tiga negara itu kembali kepada meja rundingan diplomasi dan dialog.

Beliau berkata, sebarang tindakan bersifat provokatif hanya akan mencetuskan krisis lebih besar, menggugat kestabilan serantau dan berisiko mengheret lebih banyak negara ke dalam konflik yang sukar dibendung.

“Gencatan senjata yang segera dan tanpa syarat adalah keperluan mendesak susulan serangan Israel terhadap Iran yang kini mengheret Asia Barat ke ambang malapetaka.

“Malaysia dengan tegas menggesa Israel, Amerika dan Iran supaya menghentikan segala tindakan provokatif dan kembali ke meja rundingan diplomasi dan dialog,” katanya.