Pererat hubungan Russia-dunia Islam:Putin

Foto Reuters

Presiden Russia Vladimir Putin mengalu-alukan peserta Forum Ekonomi Antarabangsa Russia-Islamic World KazanForum edisi ke-16 dan menyeru dipereratkan Kerjasama Russia dan blok negara Islam dalam bidang kewangan, teknologi dan keselamatan serantau.

Agensi berita Anadolu Ajansi (AA) melaporkan Putin menyambut mesra peserta ke KazanForum yang akan bermula Selasa ini. Acara berlangsung hingga 18 Mei itu menghimpunkan delegasi dari lebih 100 negara.

Meski berdepan ketegangan global, Russia komited untuk memperluaskan kerjasama dengan negara Islam dalam bidang ekonomi, sains, pendidikan dan kemanusiaan.

“Usaha bersama untuk membangunkan sistem kewangan digital akan dibincangkan dalam mesyuarat Kumpulan Visi Strategik Russia-dunia Islam yang turut disertai wakil Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC),” kata Putin.