
Pemangku Perdana Menteri Thailand, Suriya Jungrungreangkit, dijadual mengetuai barisan menteri baru menghadiri majlis angkat sumpah jawatan hari ini.
Jurucakap kerajaan, Jirayu Huangsap, berkata Suriya yang juga Menteri Pengangkutan akan mengetuai menteri menghadap Raja bagi majlis angkat sumpah sebelum memulakan tugas rasmi.
Suriya dijadual mempengerusikan mesyuarat khas cabinet dengan agenda utama pengagihan tanggungjawab dalam kalangan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri.
Mahkamah Perlembagaan Thailand semalam menggantung tugas Perdana Menteri Paetongtam Shinawatra sementara mahkamah meneliti petisyen yang difailkan 36 senator yang mendakwa beliau tidak berintegriti dan melanggar piawai etika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.