Pelajar Malaysia di Jordan selamat

Foto Canva/Kazinform

KUALA LUMPUR: Duta Besar Malaysia ke Jordan Datuk Mohamad Nasri Abdul Rahman memklumkan penuntut Malaysia di Jordan berada dalam keadaan baik dan selamat.

Menurutnya, setakat 15 Mac, 1,898 penuntut Malaysia telah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

“Sejak meletusnya konflik pada 28 Februari, pihak kedutaan telah membantu seramai 41 orang penuntut Malaysia, iaitu 39 yang menuntut di Jordan dan dua orang yang menuntut di Syria, sama ada untuk kembali ke Malaysia kerana telah menamatkan pengajian mahupun pulang ke Jordan untuk meneruskan kuliah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam maklum balas bertulis mengenai perkembangan terkini rakyat Malaysia di Jordan.