
Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan cuaca sangat panas di Tanah Suci sepanjang musim haji 1446 Hijrah. Laporan agensi berita Arab Saudi, SPA menyebut suhu maksimum dijangka 40 hingga 47 darjah selsius manakala suhu minimum sekitar 27 hingga 32 darjah selsius.
Tahap kelembapan pula dijangka di antara 15 hingga 60 peratus. Dr Ayman Ghulam dari pusat meteorologi itu berkata tiupan angin Ketika musim haji dijangka dari arah utara ke barat laut dengan kelajuan di antara 25 hingga 35-kilometer sejam.
Menurutnya, angin membawa debu mengurangkan penglihatan terutama di lebuhraya dan kawasan terbuka dan ada kemungkinan ribut petir akan berlaku.