Pakistan tembak jatuh 5 jet India

Pakistan menembak jatuh lima pesawat India selepas serangan India terhadap Pakistan yang menyebabkan lapan orang terbunuh.

Pakistan menyifatkan serangan itu sebagai tindakan perang terang-terangan dan adalah pertempuran terburuk dalam tempoh lebih dua dekad di antara kedua-dua negara itu.

Pertikaian wilayah hamper 80 tahun berhubung Kashmir itu marak semula berikutan serangan yang meragut 26 pelancong Hindu di daerah Kashmir yang ditadbir India.

Tentera kedua-dua negara turut berbalas tembakan meriam dan senjata berat di sepanjang sempadan kawasana pergunungan Himalaya.