Netanyahu ada 6 jari cetus perdebatan ramai

Foto Sosial Media

BAITULMAQDIS: Video Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang tular di media social baru-baru ini menjadi tanda tanya kerana jari kanannya mempunyai enam anak jari.

Ia kemudian menjadi bahan perdebatan dengan ribuan pengguna di laman X mendakwa, rakaman video itu dipercayai dijana atau diubah menerusi hasil janaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Video berkenaan, muncul di tengah-tengah perang Amerika Syarikat-Israel dan Iran yang semakin memuncak, dan kini menjadi perdebatan secara meluas dalam talian.

Tangkap layar, klip yang diperlahankan dan analisis mengenai video itu tersebar luas, dengan ramai pengguna menegaskan bahawa rakaman terbabit menunjukkan tanda-tanda klasik media yang dihasilkan oleh AI.

Jadi apakah ini petanda bahawa Netanyahu benar-benar sudah mati?