Nenek 90 tahun dirogol bergilir-gilir 4 lelaki

Foto Hiasan

BHOPAL (India): Seorang wanita warga emas berusia 90 tahun diperkosa oleh empat individu yang kini giat diburu oleh polis India.

Menurut laporan media tempatan, mangsa dikatakan sedang nyenyak tidur di rumahnya di daerah Khandwa di Madhya Pradesh sebelum empat pelaku bertopeng memecah masuk dan menyerangnya.

“Wanita itu kemudian dirogol secara bergilir-gilir. Semua suspek juga merancang untuk mencampakkan mangsa ke dalam perigi dengan niat mahu membunuhnya. Namun, tindakan itu tidak diteruskan kerana orang lalu-lalang di kawasan berkenaan.

“Nenek itu hanya ditinggalkan di sebuah padang sebelum mereka melarikan diri,” menurut jurucakap pihak berkuasa.

Mangsa yang cedera ditemui penduduk kampung dan dihantar pulang ke rumahnya.

Anak perempuannya yang melihat keadaan ibunya itu segera membuat aduan polis.

Operasi menjejaki semua pelaku dilancarkan dan ganjaran sebanyak 10,000 rupee (RM425) turut ditawarkan kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penahanan mereka.