Nelayan Madura kepung kapal Petronas

Foto Kompas.com

SAMPANG, Madura: Beratus-ratus nelayan tempatan mengepung kapal peninjau milik Petronas baru-baru ini kerana membantah aktiviti di kawasan Sumur Barokah.

Suasana tegang tercetus di perairan Ketapang, Sampang, Madura itu teradi kerana nelayan berkenaan mendakwa ia mengganggu laluan penangkapan ikan tradisional.

Media tempatan melaporkan, aksi protes itu berlangsung dramatik apabila nelayan menggunakan perahu dan kapal kayu untuk menghampiri kapal Petronas sambil mengibarkan sepanduk penolakan.

Sebahagian daripada mereka turut nekad mendekati kapal bagi menghentikan operasi di tengah laut.

Wakil nelayan tempatan, Winarno berkata, tindakan itu lahir daripada kekecewaan mendalam terhadap ketidakjelasan pampasan bagi nelayan yang terkesan.

“Kami menolak keras tinjauan dan eksplorasi Petronas. Pampasan bagi nelayan tidak jelas, sedangkan aktiviti mereka sudah mengganggu kawasan tangkapan ikan,” dakwanya.