Mayat Nahas Pesawat Ditemui Di Dasar Gaung

Foto AFP

JAKARTA: Mayat seorang daripada 10 individu yang dilaporkan berada di dalam pesawat Indonesia Air Transport yang nahas di Sulawesi Selatan ditemui di dasar gaung.

Koordinator Misi Mencari dan Menyelamat (SAR), Muhammad Arif Anwar, berkata mayat itu dipercayai penumpang pesawat ATR 42-500 yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Beliau berkata, mayat itu dijumpai sekitar jam 2.20 petang di lereng Bukit Bulusaraung dalam Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan, di mana serpihan pesawat ,dikesan sebelum ini.

“Seorang mangsa lelaki dijumpai pada koordinat ’04°54’44” S dan 119°44’48” E’ di dasar gaung sedalam kira-kira 200 meter dan berhampiran serpihan pesawat,” katanya.

Pesawat membawa tujuh kru bersama tiga penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara di Daerah Maros sekitar tengah hari semalam ketika dalam penerbangan dari Yogyakarta ke Makassar.