
Malaysia menawarkan kepakarannya dalam bidang perbankan Islam dan industri halal kepada Kyrgyz bagi membantu membangunkan kemudahan serta perkhidmatan lebih menyeluruh, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di sidang media bersama Presiden Kyrgyz, Sadyr Zhaparov, Anwar berkata perbincangan mereka turut menjurus kepada penubuhan bank Islam bagi mewujudkan sistem kewangan yang lebih baik.
“Sudah tentu kami bincang soal perbankan Islam, halal, pembinaan, kewangan dan program termasuk cadangan penubuhan bank Islam.
“Akan ada mesyuarat susulan di antara menteri-menteri kita,” katanya.