Malaysia Sedia Runding Semula Gencatan Senjata

Foto Bernama

SEREMBAN: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, menyatakan Malaysia.
bersedia menganjurkan rundingan semula di antara Thailand dan Kemboja susulan ketegangan terbaru yang berlaku di sempadan kedua-dua negara itu.

Beliau berkata, usaha kembali ke meja rundingan penting untuk memastikan gencatan senjata yang dimeterai di antara kedua-dua pihak sebelum ini kekal.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Asean, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menetapkan tarikh sesuai untuk mengadakan rundingan semula di Kuala Lumpur.

“Kita berasa dukacita dan kesal dengan insiden yang berlaku di sempadan Thailand dan Kemboja selepas Perjanjian Damai KL, namun Malaysia sedia membantu menjadi pemudah cara bagi kedua-dua pihak mencari penyelesaian aman,” katanya.