Malaysia-China Perkukuh Kerjasama Strategik

Foto CGTN / Wartawan luar negara

BEIJING: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyifatkan Inisiatif Tadbir Urus Global yang baru sahaja dikemukakan Presiden Xi mengandungi konsep yang maju serta penyelesaian masalah yang praktikal, dan amat penting untuk meningkatkan tahap tadbir urus global.

Beliau berkata, pihaknya menghargai perkongsian strategik yang istimewa di antara Malaysia dan China, dan bersedia untuk memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Dalam tembual eksklusif dengan CTGN, Anwar memuji sikap Presiden Xi yang disifatkannya sebagai pemimpin berjiwa besar yang sedia mendengar pandangan negara kecil seperti Malaysia

Anwar juga ditanya mengenai ECRL, Pelabuhan Kuantan pembangunan China, Malaysia China Kuantan Industrial Park, tenaga hijau, pelaburann dalam teknologi pembuatan pintar, BRICS dan kepemimpinan global. .

Sementara itu, China-Malaysia perlu memperdalam kerjasama strategik secara menyeluruh, saling menyokong kepentingan teras masing-masing dan bersama-sama membina pusat pembangunan berkualiti tinggi serantau.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika mengadakan pertemuan dengan i Anwar di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Selasa malam.

Lawatan Anwar ke China adalah bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 dan upacara Memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Xi turut mencadangkan kedua-dua negara agar memfokuskan kerjasama kepada industri baharu seperti kecerdasan buatan, tenaga baharu, dan semikonduktor, serta memastikan kemajuan projek penting seperti “Dua Negara Dua Taman” dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Selain itu, usaha perlu dilakukan untuk mengekalkan Dialog Peradaban Konfusianisme dan Islam bagi mempererat ikatan kemanusiaan, memperhebat solidariti dan kolaborasi pelbagai hala, mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib antara China dan Asean, mempertahankan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa, serta menjaga kepentingan bersama Selatan Global.