Letupan masjid di sekolah Jakarta, 54 cedera

Foto AP

JAKARTA: Satu letupan menggegarkan sebuah masjid di Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 72 Kelapa Gading di Jakarta Utara menyebabkan sekurang-kurangnya 54 cedera.

Ketua Polis Jakarta Metro Jaya, Inspektor Jeneral Asep Edi Suheri, berkata mangsa mengalami kecederaan dari tahap ringan hingga sederhana akibat letupan itu.

“Seramai 54 orang cedera dengan sesetengahnya mengalami kecederaan ringan dan sebahagian lagi mengalami kecederaan lebih serius, manakala beberapa orang sudah discaj,” katanya dipetik Berita TV Metro.

Polis sedang menyiasat punca letupan yang berlaku ketika solat Jumaat.

Pihak berkuasa turut membuka pos kecemasan di Hospital Yarsi serta Hospital Islam Cempaka Putih di Jakarta Pusat bagi membantu mangsa dan keluarga mereka.

Sementara itu, Reuters melaporkan pihak berkuasa telah menutup kawasan terbabit dan melakukan siasatan di tempat kejadian.

Asep berkata, skuad bom dari polis Jakarta turut bersama menjalankan siasatan bagi mengenai pasti punca kejadian.