
ISTANBUL: Akibat tidak mematuji peraturan data dan emberian data lengkap mengenai aktiviti penstriman langsung protes baru-baru lalu, Indonesia Jumaat lalu membekukan lesen operasi TikTok.
Agensi Anadolu Ajansi melaporkan Ketua Pengarah Pemantauan Ruang Digital Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital, Alexander Sabar, berkata tindakan itu mencerminkan ketegasan kerajaan terhadap keputusan TikTok yang hanya menyerahkan data tidak lengkap mengenai aktiviti TikTok Live ketika rusuhan antara 25 hingga 30 Ogos 2025,
TikTok sebelum ini menggantung fungsi penstriman langsungnya sepanjang tempoh protes pada Ogos sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan.
Menurut Sabar, keputusan membekukan lesen itu dibuat selepas syarikat berkenaan enggan mendedahkan data berkaitan maklumat trafik serta pengewangan aktiviti penstriman langsung, di tengah-tengah dakwaan kandungan perjudian dalam talian semakin meningkat di platform itu.