
TAPANULI SELATAN (Sumatera): Banjir dan ribut tropika di Selat Melaka yang mengorbankan lebih 800 mangsa di Indonesia, Malaysia dan Thailand minggu lalu adalah bencana yang semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim, menurut pakar dan pemimpin tempatan Indonesia.
Namun bagi Sumatera, mereka mendakwa pembalakan dan kemusnahan hutan menjadikan bencana kali ini jauh lebih buruk.
Pemimpin tempatan di Tapanuli, Gus Irawan Pasaribu, berkata keadaan tidak akan seteruk ini jika hutan masih terpelihara.
“Ada faktor taufan tetapi kalau hutan kita dijaga… ia tak akan jadi sebegini teruk,” katanya kepada REUTERS.