Konflik Thailand-Kemboja Merebak ke 6 wilayah

Foto AFP

Thailand dan Kemboja dikesan saling berbalas tembakan artileri berat untuk hari ketiga berturut-turut sehingga kelmarin, dalam konflik sempadan yang sudah meragut sekurang-kurangnya 33 nyawa dan memaksa lebih 150,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Pertempuran itu juga dilaporkan merebak ke enam wilayah di Thailand sejak kali pertama kali tercetus di wilayah pesisir Trat, Thailand iaitu pertemuan sempadan kedua-dua negara di Teluk Thailand.

Wartawan AFP di bandar Samraong, Kemboja, berhampiran kawasan utama pertempuran, melaporkan bunyi tembakan artileri itu pada petang kelmarin.

Seorang penduduk Thailand yang berlindung dalam kubu di wilayah Si Sa Ket, turut menyatakan mereka mendengar bunyi tembakan artileri.