Kematian Zara Qairina: Rakyat Thai juga Tuntut Keadilan

Foto Mstar

KISAH tragis kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir bukan hanya dibangkitkan masyarakat setempat, tetapi turut mendapat perhatian rakyat negara jiran, Thailand.

Menerusi beberapa klip video tular, ramai yang menuntut supaya keadilan ditegakkan bagi kes kematian remaja berusia 13 tahun itu, yang pada awalnya dikatakan terjatuh dari bangunan tingkat tiga asrama.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan akaun TikTok Pokdi, dapat dilihat empat remaja perempuan memakai seragam sekolah memegang poster ‘Justice for Zara’.

Turut kelihatan beberapa individu lain berdoa dan bersembahyang mengikut ajaran agama mereka, mendoakan keadilan untuk pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah itu.