
Seekor ikan keli bersaiz dua meter dan seberat 90 kilogram mencederakan sekurang-kurangnya lima perenang di Tasik Brombach dekat Bavaria, Jerman.
Agensi berita Jerman, DPA melaporkan seorang pengawal terpaksa menembak ikan raksasa itu.
Tindakan itu diambil apabila mendapati ikan itu berbahaya kepada perenang dan bangkai keli itu dialih menggunakan bot.
Insiden berlaku pada lewat petang kelmarin berhampiran seuah pulau terapung di mana ikan itu dilapor berkeliaran dan menyerang mereka yang berenang berulang kali.