Kebakaran Hong Kong: 15 Ditahan Bunuh Tanpa Niat

Foto AFP

HONG KONG: Lima belas individu ditahan dan ramai lagi mungkin ditangkap kerana disyaki membunuh tanpa niat berhubung kebakaran besar di kawasan kediaman.

Pasukan Polis Hong Kong mengesahkan penahanan itu dan berkata lebih banyak tangkapan dijangka dibuat.

Mereka yang ditahan terdiri 14 lelaki dan seorang wanita berusia antara 40 hingga 77 tahun, kesemuanya mempunyai kaitan dengan firma penyelenggaraan kejuruteraan yang terbabit dengan kompleks perumahan Wang Fuk Court di Tai Po, menurut polis.

Sehingga 4 petang Selasa, kebakaran itu meragut 156 nyawa, dengan kira-kira 30 orang masih belum ditemukan, menurut pihak berkuasa.