
Kanada menggugurkan 10 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengecam tindakan Israel menghalang penghantaran bantuan sebagai satu pelanggaran undang-undang antarabangsa, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam.
“Kanada mengambil langkah luar biasa ini bersama rakan-rakan antarabangsa kerana akses kepada bantuan kemanusiaan di Gaza sangat terhad, manakala keperluan bantuan telah mencapai tahap yang belum pernah berlaku,” kata Menteri Luar Anita Anand dan Menteri Pertahanan David McGuinty dalam kenyataan itu.
Menurut mereka, meskipun keperluan sangat mendesak, rakan pelaksana menghadapi kesukaran untuk menyalurkan makanan dan ubat-ubatan menyelamatkan nyawa melalui jalan darat disebabkan sekatan berterusan oleh Israel.
Pesawat tentera Jerman juga memulakan misi menggugurkan bantuan ke Semenanjung Gaza, kata Kementerian Pertahanan Jerman ketika Berlin menyertai usaha antarabangsa untuk meringankan situasi kemanusiaan yang kritikal di wilayah Palestin yang dikepung itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut kementerian, pesawat pengangkut Jerman menggugurkan 34 palet yang mengandungi hampir 14 tan makanan dan bekalan perubatan ke kawasan berkenaan.