Jet Pakistan Malukan India

Jet tempur India dipermalukan oleh jet pejuang buatan China yang digunakan oleh Pakistan dan Amerika Syarikat memperakui keunggulannya.

Pertarungan udara atau dog fight itu memperlihatkan jet tempur Rafale India buatan Perancis disaingi dengan cemerlang oleh jet tempur Pakistan buatan Beijing.

Pertarungan udara itu memicu ketegangan ketenteraan yang merisaukan dunia. Aksi kedua-duanya dinilai sebagai ujian nyata kekuatan senjata Timur dan Barat.