
BERLIN: Global Sumud Flotilla (GSF) semakin menghampiri Gaza dan dijangka tiba 30 September ini. Menurut penganjur GSF, flotila kini berada 39 batu nautika dair Semenanjung Gaza.
Flotila akan memasuki zon kuning dan dipercayai menghadapi risiko campur tangan ganas oleh Israel. Ini menyebabkan Jerman menggesa Israel supaya tidak menyerang GSF yang menuju Gaza.
“Matlamat kami adalah untuk mengelakkan sebarang konfrontasi ketika ini, justeru kami menyeru kedua-dua pihak mematuhi undang-undang yang terpakai…,” kata Timbalan Jurucakap Kementerian Luar, Josef Hinterseher kepada wartawan di Berlin.
Aktivis Sweden, Greta Thunberg adalah antara salah seorang penumpang dalam flotila itu. Seramai 34 rakyat Malaysia berada bersama-sama konvoi berkenaan. Aktivis kemanusiaan Norazman Ishak menyifatkan warga Malaysia itu dipilih oleh Allah untuk berada di atas bot untuk bersama dalam perjuangan menghentikan kesengsaraan ti rakyat Gaza,
Menerusi siaran langsung di TikTok Yayasan Amal Malaysia malam semalam, Norazman berkata bot dinaikinya sedang menuju ke zon kuning. Beliau sudah 17 hari belayar dan bot Estrella yang ditumpanginya dalam keadaan baik dengan cuaca serta ombak agak tenang.