Israel Pindahkan Penduduk Gaza ke Selatan

Foto Fail / AFP

Tentera Israel mula membekalkan penduduk Gaza dengan khemah dan kelengkapan perlindungan lain sebelum memindahkan mereka ke bahagian selatan wilayah itu bagi ‘memastikan keselamatan mereka’.

Ini susulan kawasan yang mereka duduki sekarang diisytiharkan sebagai zon pertempuran, di mana serangan besar-besaran dijangka dilancarkan dalam masa terdekat.

Langkah itu diumumkan beberapa hari selepas Israel menyatakan hasrat melancarkan serangan baharu untuk menguasai utara Bandar Gaza, pusat bandar terbesar di wilayah berkenaan.

Rancangan itu mencetuskan kebimbangan antarabangsa mengenai nasib penduduk di kawasan padat berpenghuni, yang didiami kira-kira 2.2 juta orang.