
Kementerian Kesihatan Iran mengesahkan sekurang-kurangnya 610 terbunuh dan 4,746 cedera dalam tempoh 12 hari serangan udara Israel sejak 13 Jun, menjadikannya antara krisis kemanusiaan paling buruk dalam sejarah moden Iran.
Antara mangsa termasuk 13 kanak-kanak, 49 wanita serta lima petugas kesihatan yang terbunuh dan 20 cedera manakala 972 mangsa masih dirawat di hospital.
Infrastruktur perubatan turut rosak membabitkan tujuh hospital, enam pangkalan kecemasan, empat klinik dan sembilan ambulans.
Ini bukti Israel menyasarkan kawasan awam dan bukan hanya kemudahan tentera, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Hossein Kermanpour.