Iran Lancar Serangan Balas ke atas Israel

Foto Reuters

Angkatan bersenjata Republik Islam Iran melancarkan gelombang serangan ke atas Israel sebagai membalas ancaman negara Yahudi itu Jumaat lalu.

Agensi berita Iran, Irna melaporkan serangan Teheran itu dilakukan beberapa jam selepas rejim Israel menyerang beberapa lokasi di wilayah Iran, termasuk bangunan kediaman.

Serangan balas Iran bermula tanpa amaran dan rakaman yang disiar memaparkan peluru berpandu menembusi sistem pertahanan udara Israel.

Irna melaporkan bola api menerangi langit malam Tel Aviv dan Baitulmaqdis manakala bangunan Kementerian Perang Israel turut terkena serangan.