
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertegas bahawa Iran akan tetap teguh menghadapi sebarang bentuk paksaan, sama ada perang atau perdamaian yang dikenakan dari luar.
Beliau memberi amaran bahawa campur tangan ketenteraan oleh Amerika Syarikat akan membawa kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, sambil menyatakan rakyat Iran tidak tunduk pada ancaman.
“Iran akan berdiri teguh menghadapi perang ini sebagaimana ia akan berdiri teguh menghadapi damai,” katanya.
Kenyataan beliau itu dibuat berikutan ketegangan yang semakin memuncak di antara Iran dan Israel sejak seminggu lalu.