
TEHRAN: Iran terus bertegas tidak akan berunding dengan Amerika Syarikat sedang konflik di Asia Barat yang kini memasuki minggu keempat semakin memanas.
Jurucakap Markas Pusat Khatam al-Anbiya Iran, Ebrahim Zolfaqari, berkata pendirian Iran kekal tidak berubah meskipun Presiden Donald Trump mendakwa Teheran mahu mencapai perjanjian bagi menamatkan perang.
Zolfaqari menegaskan Iran tidak akan berkompromi dengan Amerika pada bila-bila masa.
“Kata-kata pertama dan terakhir kami adalah sama sejak hari pertama… kami tidak akan sekali-kali mencapai persefahaman dengan Amerika, sama ada sekarang atau pada bila-bila masa,” katanya.
Zolfaqari turut mendakwa kestabilan serantau hanya dapat dijamin melalui kekuatan ketenteraan Iran.
“Sehingga kamu memahami bahawa kestabilan di rantau ini dijamin oleh kekuatan angkatan bersenjata kami, tiada pelaburan anda yang akan kekal dan harga tenaga tidak akan kembali seperti sebelum ini,” katanya.