
Iran memberi amaran kepada sebuah kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) supaya mengubah haluan ketika melalui perairan berhampiran wilayah Iran.
Media rasmi Iran menyiarkan imej yang dirakam dari sebuah helikopter yang berada dalam jarak visual dengan kapal pemusnah peluru berpandu berpandu USS Fitzgerald.
Ketika kejadian, seorang anggota dilapor mengeluarkan amaran melalui radio kepada kapal perang AS itu agar menukar haluan.
Bagaimanapun, seorang pegawai pertahanan Amerika memberitahu, insiden itu selamat dan profesional serta tidak memberi sebarang kesan terhadap misi kapal pemusnah berkenaan.
“Insiden ini tidak memberi sebarang impak kepada operasi USS Fitzgerald dan sebarang maklumat yang mendakwa sebaliknya adalah cubaan oleh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran untuk menyebarkan maklumat palsu,” kata pegawai.