Iran Ancam Tutup Selat Hormuz

Foto Google Maps

Iran mengancam menutup Selat Hormuz, laluan laut paling kritikal di dunia yang menjadi tempat lalu lebih 20 peratus bekalan minyak global.

Selat Hormuz ialah selat sempit di antara Iran dan Oman dan setiap hari lebih 18 juta tong minyak dari Arab Saudi, Iraq, Kuwait da Emiriyah Arab Bersatu melaluinya untuk dihantar ke seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Jika selat itu ditutup, kesannya ialah harga minyak mentah dunia boleh melambung manakala dari segi logistik dan pengangkutan, kosnya boleh jadi dua kali ganda dan bekalan boleh terputus bagi sesetengah negara.

Sedang Iran dan Israel bertarung, yang rugi adalah rakyat seluruh dunia kerana kita hidup dalam dunia yang disambung melalui minyak, logistik, ekonomi dan kuasa.