
India mengisytihar perang terhadap Pakistan dan sejurus itu melancarkan serangan peluru berpandu ke tiga lokasi di Pakistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan, lapor Reuters.
Agensi berita itu melaporkan, tembakan artileri berat dan letupan kuat di beberapa kawasan sempadan di Kashmir.
Sebelum ini, India mengumumkan akan melancarkan serangan ke atas infrastruktur yang disifatkannya kubu pengganas di Sembilan lokasi.
Pakistan berikrar akan bertindak balas terhadap serangan itu.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa India dan Pakistan mengelak daripada mengambil sebarang tindakan yang boleh memburukkan keadaan.
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, Setiausaha Agung Antonio Gutteres belum menghubungi kedua-dua negara tetapi memantau situasi itu dengan teliti.