Ikan Jatuh dari Langit Punca Kebakaran

Foto Agensi

Kejadian seperti ini jarang berlaku apabila kebakaran hutan dan gangguan bekalan elektrik berlaku disebabkan ikan yang jatuh dari langit.

Api yang dicetuskan haiwan akuatik itu bagaimanapun berjaya dikawal pasukan bomba yang turut dibantu pemilik ladang dan pekerja Agensi Tenaga Hidro dan Elektrik British Columbia di Kanada.

Punca kebakaran itu dikenal pasti selepas siasatan dilakukan bomba yang pada mulanya menyangka ia mungkin angkara kecuaian pengunjung perkhemahan.

“Pihak berkuasa percaya dengan satu teori yang agak logik.

“Seekor helang mungkin ‘tercicir’ ikan tersebut hingga mengakibatkan ia terhempas di atas talian elektrik sebelum jatuh di kawasan rumput kering dan mencetuskan kebakaran yang merebak seluas kira-kira 4,000 meter persegi,” menurut laporan media tempatan.