Hulk Hogan Meninggal Dunia

Foto Reuters

DUNIA gusti kehilangan salah seorang legenda terbesarnya apabila bintang gusti profesional Amerika Syarikat (AS), Hulk Hogan, disahkan meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat serangan jantung.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh World Wrestling Entertainment (WWE) di platform media sosial X, yang turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga serta peminat mendiang.

“WWE dukacita memaklumkan bahawa Ahli Dewan Kemasyhuran WWE, Hulk Hogan, telah meninggal dunia.

“Sebagai antara figura paling ikonik dalam budaya pop, Hogan memainkan peranan penting dalam membawa WWE ke peringkat antarabangsa pada era 1980-an. WWE merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan-rakan dan seluruh peminat beliau,” kata kenyataan itu.