
Muslim Care Malaysia menggesa seluruh dunia terus memberi tekanan supaya segala bentuk bantuan dibenarkan untuk dibawa masuk ke Gaza, sekali gus mengelak masalah kebuluran yang semakin membimbangkan.
Presidennya, Zulkifli Wahijan, berkata ia mengambil kira keadaan terkini di Gaza yang menyaksikan bantuan agak sukar untuk disampaikan didorong faktor stok makanan yang terhad, selain harga makanan tidak munasabah.
Mengulas bantuan kepada rakyat Palestin, beliau mengakui dalam keadaan sekarang pihaknya hanya mampu menghantar 15,000 liter air setiap hari sejak lima bulan lalu di Gaza.
Untuk makanan pula, katanya sejak bulan ini bantuan agak sukar untuk disampaikan kerana harga makanan seperti tepung gandum dan bawang amat tidak munasabah.
Harga tepung gandum mencecah RM200 sekilogram, manakala satu ulas bawang putih adalah RM5. Stok makanan pula terhad, jadi kami hanya mampu hantar bantuan makanan seminggu sekali sahaja,” katanya.