Harga telur dadar RM52 di pasar terapung

Foto Agensi

RATCHABURI: Harga tak masuk akal. Seorang pelancong membuat aduan kepada pihak berkuasa Thailand mengenai harga makanan yang melampau, termasuk telur dadar kosong berharga 400 baht (RM52) dan nasi goreng bersaiz besar mencecah 1,400 baht (RM182).

Susulan itu, pihak berkuasa Thailand menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah restoran di Pasar Terapung Damnoen Saduak selepas aduan itu tular di media sosial.

Aduan itu dikongsi secara meluas di Facebook, menceritakan pengalaman sebuah keluarga yang berkunjung ke destinasi pelancongan popular di wilayah Ratchaburi dan mendakwa mereka terkejut dengan harga makanan yang dianggap tidak setimpal dengan kualiti serta kuantiti hidangan.

Menurut pelancong berkenaan, hidangan yang dipesan hanya mengandungi telur dan sayur-sayuran tanpa sebarang lauk daging, manakala saiz hidangan pula didakwa tidak berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Bagaimana pula harga telur dadar di Malaysia?