
Harga minyak dunia melambung secara mendadak pada Jumaat selepas Israel menyerang tapak nuklear dan kemudahan tentera Iran, lapor laman berita Al Mayadeen.
Serangan Israel itu menggegar pasaran global dan menimbulkan kebimbangan konflik serantau yang lebih meluas.
Minyak mentah Amerika Syarikat dan Brent yang menjadi penanda aras global mencatat keuntungan sehari terbesar sejak Mac 2022 selepas Russia menceroboh Ukraine.
Kenaikan pada Jumaat juga adalah kenaikan harga minyak mingguan tertinggi sejak Oktober 2022. Minyak mentah Amerika melonjak 7.26 peratus dan ditutup sekitar AS$72.99 (RM310) setong.