
NEW YORK: Kuasa veto Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu dihad atau dimansuhkan agar dunia tidak menghadapi kebuntuan mengatasi jenayah kemanusian.
Reformasi Majlis Keselamatan PBB amat diperlukan kerana kuasa veto kerap digunakan untuk menyekat usaha global menghentikan konflik.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kita tidak boleh berdiam diri melihat suara majoriti diketepikan.
“Kita mesti mempersoal dan mencabar kuasa veto ini. Majlis Keselamatan perlu dibebaskan daripada kebuntuan yang memalukan ini,” katanya ketika menyampaikan kenyataan negara di Perhimpunan Agung PBB di sini.
Mohamad turut menggesa kuasa dikembalikan kepada PBB yang disifatkannya badana paling inklusif dan silihat sebagaia suara dunia.