Handala Mula Belayar ke Gaza

Foto Reuters

Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan memulakan pelayaran ke Gaza dari Pelabuhan Siracusa, Itali, semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata kapal Handala akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza dalam misi “For the Children of Gaza”.

“Kapal ini membawa sekitar 15 aktivis antarabangsa pro-Palestin serta bekalan bantuan kemanusiaan,” katanya.

Meurutnya, pelayaran kali ini bertujuan menyatakan solidariti kepada rakyat Gaza yang berdepan pembunuhan beramai-ramai dan kebuluran yang meruncing.