
Komuniti di Atacama, utara Chile teruja menyaksikan fenomena menakjubkan apabila kawasan gurun paling tandus di dunia itu diselubungi salji.
Balai Cerap Alma yang terletak kira-kira 2,900 meter dari paras laut menerusi platform X, Khamis melaporkan fenomea itu sangat luar biasa apabila tanah gersang disaluti salji.
Difahamkan kemudahan Utama balai cerap itu tidak mengalami salji sejak lebih sedekad lalu walaupun ia adalah perkara biasa di kawasan berhampiran Dataran Tinggi Chajnantor yang terletak pada ketinggian melebihi 5,000 meter dana menempatkan teleskop gergasi paling canggih di dunia.
Pakar cuaca University Santiago, Raul Cordero pula berkata, masih terlalu awal untuk mengaitkan insiden itu dengan fenomena perubahan iklim.