
LUMAJANG, Jawa Timur: Sejak memasuki fasa sangat aktif beberapa tahun kebelakangan ini, Gunung Semeru meletus enam kali semalam, dengan kepulan asap tertinggi mencecah 1.2 kilometer (km) dari atas puncaknya.
Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia mengesyorkan orang ramai mengelakkan sebarang aktiviti di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam lingkungan 13km dari puncak.
Di luar jarak itu, penduduk dinasihatkan supaya menjauhi tebing sungai sejauh 500 meter berikutan potensi aliran awan panas dan lava yang boleh menjangkau sehingga 17km.
Sementara itu, Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Liswanto, berkata gunung berapi yang terletak di sempadan Kabupaten Lumajang dan Malang itu kini berada pada Tahap III iaitu waspada.