Global Sumud Flotilla tiba di Tunisia dari Barcelona

Foto Mapim

KUALA LUMPUR: Selepas hampir lapan hari belayar, kumpulan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang memulakan pelayaran dari Barcelona, Sepanyol selamat tiba di Tunisia, semalam.

Perkembangan itu dikongsikan penyanyi Zizi Kirana di Instagram, sebentar tadi.

Menurut Zizi, mereka sudah tiba di perairan Tunisia, namun masih menunggu masa sesuai untuk berlabuh di Pelabuhan Sidi Bou Said.

“Alhamdulillah, kita sudah sampai di Tunisia sebenarnya cuma kita tidak boleh lagi berlabuh kerana keadaan air yang cetek.

“Jadi kita tengah cari tempat ‘parking’ umpamanya sebab ada kapal besar agak sukar untuk berlabuh. Jadi kita sama-sama bekerjasama mencari tempat yang sesuai, insya-Allah,” katanya