
Israel dan Hamas bersetuju memeterai gencatan senjata bagi menghentikan perang 15 bulan di Gaza dan membebaskan baki tebusan.
Langkah itu meningkatkan harapan untuk menamatkan konflik yang menggemparkan dunia itu.
Perjanjian secara berperingkat itu akan berkuatkuasa Ahad, sehari sebelum Donald Trump memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat.
Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin al-Thani Ketika mengumumkan gencatan senjata itu berkata, perjanjian itu menawarkan harapan untuk menghentikan peperangan paling kejam dalam sejarah konflik Israel-Palestin.
Serangan ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023 itu mengorbankan lebih 46,000 nyawa dan memusnahkan harta benda di wilayah itu.