Gempa Sulawesi, gegaran di Tawau, Lahad Datu

Foto MetMalaysia

Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi, pada 4.50 pagi semalam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman 131 kilometer (km) itu berlaku kira-kira kira-kira 120 kilometer (km) Barat dari Gorontalo, Indonesia.

MetMalaysia memaklumkan gegaran dirasai di bahagian Tawau dan Lahad Datu, Sabah.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.