
Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi, mencetuskan gelombang tsunami setinggi sehingga empat meter merentasi Lautan Pasifik.
Ia menyebabkan pemindahan penduduk dari Hawaii hingga ke Jepun.
Gempa 8.8 magnitud itu berlaku pada jam 8.24 pagi waktu tempatan (2304 GMT Selasa) di luar pesisir Petropavlovsk di semenanjung terpencil Kamchatka, dan merupakan antara 10 gempa paling kuat yang pernah direkodkan, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pihak berkuasa Russia mengesahkan tsunami telah melanda dan membanjiri bandar pelabuhan Severo-Kurilsk, manakala media tempatan melaporkan ombak setinggi antara tiga hingga empat meter telah direkodkan di daerah Elizovsky, Kamchatka.