Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa dekat Kepulauan Tanimbar.

Foto Hiasan

JAKARTA: Kawasan berhampiran Kepulauan Tanimbar di wilayah Maluku digegarkan oleh gempa bumi bermagnitud 6.4 pada Selasa malam, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, lapor Xinhua.

Gempa bumi itu berlaku pada 9.40 malam waktu tempatan dengan pusat gempa terletak kira-kira 183-kilometer (km) ke barat laut Kepulauan Tanimbar pada kedalaman 185 km, menurut BMKG di laman sesawangnya, yang mengesahkan bahawa gempa itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Gegaran turut dirasai penduduk, khususnya di Saumlaki dalam daerah pentadbiran Kepulauan Tanimbar.

Tiada laporan kerosakan bangunan atau rumah, kata Ketua Unit Kecemasan di Agensi Pengurusan Bencana daerah itu, Michael Steven Narantery, kepada Xinhua melalui telefon.

Beliau menambah bahawa gegaran itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.