Gempa bermagnitud 5.6 landa Indonesia

Foto USGS

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada jam 6.45 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya mengesahkan gempa bumi itu berkedalaman 171 kilometer pada jarak 413-kilometer selatan Ambon.

Tiada ancaman tsunami dikesan di Malaysia susulan gempa berkenaan.

Empat hari lalu, gempa bumi 4.1dilapor berlaku di Sabah dan gegerannya dirasakan di Tawau, Kunak dan Semporna.