Gempa 7.4 magnitud gegar timur Indonesia, 6.0 skala richter di Australia

Foto USGS

JAKARTA: Gempa bumi kuat magnitud 7.4 melanda perairan timur Indonesia awal pagi Khamis, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat pemantauan Amerika Syarikat (AS) itu turut mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku ‘gelombang tsunami berbahaya’ dalam lingkungan 1,000 kilometer (km) dari pusat gempa, di sepanjang pesisir Indonesia, Filipina dan Malaysia.

Gempa itu, yang pada awalnya direkodkan bermagnitud 7.8, berlaku pada jam 6.48 pagi waktu tempatan di Laut Maluku, pada kedalaman 35km, lebih dalam berbanding anggaran awal 10km, berhampiran pulau kecil Ternate, menurut USGS.

Pusat gempa terletak kira-kira 120km dari Ternate di Maluku Utara, yang mempunyai penduduk melebihi 200,000 orang, menurut Reuters.

Di Australia, gempa bumi berukutan 6.0 pada skala Richter melanda kawasan berdekatan Melbourne pada Rabu.

Pusat gempa terletak 200 kilometer (124 batu) timur laut Melbourne di bandar Mansfield dengan kedalaman 10 kilometer (6 batu), kata Geoscience Australia dalam satu kenyataan.