
AUSTRALIA: Inilah suasana hebat, bukan di Moscow, New York atau London. Ia berlaku di Australia!
Dan suasana ini dirakam oleh seseorang hanya dengan menggunakan kamera telefon bimbit dalam keadaan cuaca yang buruk.
Persoalannya di manakah media arus perdana yang sepatutnya membuat liputan acara sebesar ini?
Channel10 berusaha untuk menyebarluaskan suasana ini agar dunia dapat melihatnya.
Sementara itu, Tel Aviv, puluhan ribu rakyat Israel berhimpun untuk menggesa Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, campur tangan bagi menamatkan perang di Gaza dan pembebasan tebusan.
Penunjuk perasaan memenuhi dataran awam di luar ibu pejabat tentera sambil mengibarkan bendera Israel dan mengangkat sepanduk tertera gambar tebusan bertulis . ‘Legasi Trump runtuh selagi perang Gaza berterusan’.
Semakin ramai rakyat Israel menunjukkan kekecewaan terhadap Netanyahu yang mengarahkan tentera menawan bandar utama Gaza, yang dipercayai menempatkan tebusan.
Tel Aviv menyaksikan demonstrasi mingguan yang kian meningkat dari segi penyertaan, dengan penunjuk perasaan menuntut kerajaan memeterai gencatan senjata bersama Hamas bagi membolehkan pembebasan tebusan.