Gangguan bekalan minyak terbesar dalam sejarah: IEA

Foto AFP

LONDON: Perang di Asia Barat mencetuskan gangguan bekalan minyak terbesar dalam sejarah, sehari selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) bersetuju melepaskan jumlah terrbesar minyak daripada stok simpanan strategik bagi mengimbangi kekurangan bekalan dan lonjakan harga.

Menurut laporan pasaran minyak bulanan terbaru IEA, bekalan global dijangka merosot sebanyak lapan juta tong sehari pada Mac, iaitu jumlah yang bersamaan hampir lapan peratus daripada permintaan dunia.

Kejatuhan ini berpunca daripada sekatan di Selat Hormuz, laluan sempit di sepanjang pantai Iran, sejak Amerika Syarikat dan Israel memulakan serangan udara ke atas Iran pada 28 Februari.

Unjuran IEA, yang menasihati negara perindustrian, bercanggah dengan amaran awalnya mengenai lebihan bekalan ketara di pasaran bagi suku pertama 2026.