Freedom Flotilla Sampai Gaza 3-4 Hari lagi

Foto Freedom Flotilla

ANKARA: Kumpulan sukarelawan selepas Global Sumud Flotilla, iaitu Freedom Flotilla Coalition hanya berbaki 430 batu nautika lagi dan dijangka tiba di perairan Gaza dalam tempoh tiga hingga empat hari, kata wakil pakatan itu.

Anadolu Ajansi melaporkan Freedom Flotilla Coalition itu dijadual sampai sempadan Gaza untuk memasuki perairan wilayahnya tiga empat hari lagi.

Ia juga betujuan memecahkan sekatan Israel dan menzahirkan solidariti bersama rakan-rakan dalam Global Sumud Flotilla.

Freedom Flotilla yang diketuai kapal Vicdan turut disertai 10 kapal lain dengan kehadiran petugas kesihatan terkenal dunia termasuk doktor, jururawat, wakil organisasi media serta tiga anggota parlimen Turkiye.

Kapal Vicdan berlayar khusus untuk menyalurkan bekalan perubatan ke Gaza.

Perjuangan mereka akan diteruskan sehingga berjaya memecahkan sekatan tidak berperikemanusiaan Israel dan membuka laluan kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.